Monday, September 7, 2009

Resepiku: Kuih Tat Gulung Nenas


Resipi ni adalah resipi turun temurun daripada emak saya. Sudah lama kami anak-beranak membuat tat nenas menggunakan resipi yang sama. Rasanya memang la sedap.

Bahan-bahan jem tat nenas:
1 biji nenas (pilih yang separuh masak, kulitnya hijau kekuningan, kalau yang terlalu masak airnya banyak lama nak tapiskan)
1/2 cawan gula
kulit kayu manis

Cara-cara membuat jem nenas:
1. Kupas kulit nenas sampai hilang matanya. Basuh dan potong kecik (jangan ambil batang dalam nenas) dan masukkan kedalam blender bersama 1/2 cawan air, blend sehingga lumat.
2. Tapiskan hasilnya sehingga agak-agak kering.
3. Masukkan dalam kuali bersama gula 1/2 cawan (boleh tambah lagi klu nk manis) dan kulit kayu manis.
4. Kalau nak bubuh pewarna boleh juga, tapi saya tak letak sebab bile dah masak nanti, warna inti kite akan gelap.
4. Kacau sehingga pekat. Dan bila dah pekat bolehlah direhatkan sebentar dan dikepal-kepalkan.

Bahan-bahan pengilat:
1 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning telur

Bahan-bahan kulit tat:
60gm butter
190gm marjerin
70gm gula halus
1biji telur kuning
1sudu kecil esen vanilla
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung/tepung kastard(kalau nak warna kulit tat kuning boleh guna tepung kastard tapi saya gunakan tepung jagung)

Cara-cara membuat kulit tat:
1. Pukul butter, marjerin dan gula sehingga rata.
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung/tepung kastard kedalam adunan tadi. Gaulkan sehingga menjadi doh.
4. Canaikan sedikit demi doh tersebut dan gelekkan dengan penggelek tat. Potong sebesar yang anda mahu.
5. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
6. Sapukan dengan dengan sedikit pengilat.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sehingga masak keemasan atau dalam 20 minit.

1 comment:

  1. kenapa perlu letak kulit kayu manis ? apa rasa selepas dh masak ? kalau xnk letak boley ?

    ReplyDelete