Kedai ini ada 3 cawangan iaitu di TTDI, SS13 PJ dan Bandar Puteri, Puchong (HQ). Sila layari http://www.bakewithyen.com untuk detail kedai ini.
Bercerita pasal barang-barang yang aisyah shopping kat sini plak.. aisyah tak beli banyak sebab kebanyakan barang-barang kuih aisyah dah beli di Chun Yip Bakery, so saja survey kedai ni. Tapi aisyah tertarik kepada beberapa item yang dijual disin antaranya silicon bakeware revolutionary yang mana dulang untuk membuat cupcake/muffin yang diperbuat oleh silikon. Silikon ini selamat untuk dibakar dan disejukkan. hmm.. semakin canggih kan?
Aisyah hanya beli 4 item dari kedai ni antaranya biscuit cutter RM26, alas kuih RM5.80 (500pcs), hiasan bunga 2 paket RM3.50/paket dan pisau kek RM2.
Lama jugak aisyah habiskan masa dalam kedai ni, sampai hubby membebel-bebel hehehehe. Bukannya apa, ada sorang pakcik ni tak kenal barang. Dia tanya aisyah mana satu bubble rice, aisyah pun tunjukkan la. Lepas tu, dia minta tolong aisyah tunjukkan semua barang-barang yang dia nak beli, aisyah tengok list dia mak oi!! Panjangnyerrrrrr... pakcik tu kata orang pesan, dia belikan saja.. kesian kat hubby tunggu lama tapi kesian jugak kat pakcik ni. aisyah tolong carikan semua barang pakcik tu, lepas tu pujuk hubby yang dah merajuk. Ala, cepat cairla hubby aisyah ni.. :)
neighbour aku pun ada citer tmpt nie
ReplyDeletedia kata banyak variety utk baking
mesti giler gi sini
tmpt yang ko kata balang murah tuu
kat sini gak ker???
ha ah.. balang yang kite cerita tu ada kat sini la.. klu nk pi sini jgn bwk hubby nanti depa fed up tunggu kite sbb mesti kite lama membeli belah kat sini.. percaya la.. semua ada jual kat sini, mak bapak aje tak jual kat sini... huhuhu
ReplyDeleteHi, your blog very nice. Do you know the where pemborong yang jual macam pisau,mop lantai, dan barang tandas dan dapur yang murah di Chow Kit?
ReplyDeleteSaya from Pahang...
Thank You and Nice to meet you! ^^
Aisyah kedai ni kat area mana?
ReplyDelete