Monday, September 7, 2009
Resepiku: Kuih Choco Almond Shortbread
Resipi ni saya dapat dari kawan online, tak sangka masa 1st time buat terus jadi. Hubby memang la suka makan, dia nak makan kuih ni tapi aisyah bagi part yang tak elok.. huhuhu.. tapi dia kata "still sedap rasanya wlupun tak elok rupanya!" tq sayang.
Bahan-bahan base:
250gm butter
80gm gula halus
125gm serbuk badam
65gm susu tepung
300gm tepung gandum
Bahan-bahan topping:
350gm coklat masak
50gm coklat putih
Cara-cara membuat base:
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan serbuk badam, susu tepung dan akhir sekali tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh.
2. Tekankan doh tersebut kedalam loyang. Pastikan rata keseluruh loyang.
3. Kemudian tekan cutter kedalam loyang dan bakar pada subu 180C selama 15 minit.
4. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan seketika baru keluarkan cutter.
5. Cairkan coklat masak dan tuang keatas shortbread tadi. Cairkan coklat putih pula dan paipkan keatas coklat masak. Lorekkan coklat putih dengan lidi untuk membuat lakaran.
6. Masukkan cutter kembali dan biarkan sehingga coklat kering.
p/s: Kegunaan cutter ni adalah untuk memastikan saiz setiap kuih kite sama saiznya, kuih nampak kemas dan ianya amat mudah digunakan. Sekiranya kita tak menggunakan cutter, masih lagi boleh buat kuih ini tetapi anda dinasihatkan agar memotong kuih ini sebelum coklat keras.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment