Monday, September 7, 2009

Resepiku: Kuih Cornflakes Madu




Resepi ni pun sangat simple. Hmm.. itupun orang malas nk buat kuih raya?? Membuat kuih raya ni adalah tradisi turun termurun dari arwah nenek aisyah ke mak aisyah dan sekarang aisyah.. aisyah akan turunkan tradisi ini kepada anak-anak aisyah juga supaya mereka sedar dan lebih menghargai hubungan kekeluargaan, kasih sayang serta lebih mengerti apa itu maksud memberi dan menerima.

Bahan-bahan:
150gm butter
90gm gula halus
madu secukup rasa
150gm cornflakes (ramaskan sikit) 100gm badam hiris (dipanggang)
acuan kertas
coklat rice (hiasan)

Cara-cara membuat:
1. Cairkan butter, gula halus dan madu.
2. Masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul sehingga sebati.
3. Sudukan kedalam kedalam acuan kertas dan hiaskan bersama coklat rice.
4. Bakar kedalam oven pada suhu 170C selama 10minit.

5 comments:

  1. ok, amik la.. kacang je nk buat ni.

    ReplyDelete
  2. SY AMIK EA..hihi...baru jer nk try bt nie..:-)

    ReplyDelete
  3. can u be my follower . and nice recipe :)
    www.keyna-orange-pie.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. nk cairkan dalam periuk biase je ke

    ReplyDelete