Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts
Monday, September 7, 2009
Resepiku: Kuih Chocolate Crunch
Resipi ni antara resepi kegemaran adik-adik aisyah dan resepi paling senang dan paling aisyah suka buat. Adikadik begitu sukakannya sebab coklat! Dan aisyah pasti kanak-kanak yang akan datang kerumah aisyah pun mesti sukakanya! yeeehaaaa!
Bahan-bahan:
250gm coklat masak
50gm butter
150gm badam hiris (siap dipanggang)
200gm koko krunch
acuan kertas
sedikit coklat putih/hiasan manik warna-warni
Cara-cara membuat:
1. Carikan coklat masakdan butter sehingga coklat cair.
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar san gaul sehingga sebati dan rata.
3. Sudukan kedalam acuan kertas dan paipkan coklat putih yang cair kedalam acuan kertas.
4. Biarkan sejuk dan beku sendiri.
Resepiku: Kuih Choco Almond Shortbread
Resipi ni saya dapat dari kawan online, tak sangka masa 1st time buat terus jadi. Hubby memang la suka makan, dia nak makan kuih ni tapi aisyah bagi part yang tak elok.. huhuhu.. tapi dia kata "still sedap rasanya wlupun tak elok rupanya!" tq sayang.
Bahan-bahan base:
250gm butter
80gm gula halus
125gm serbuk badam
65gm susu tepung
300gm tepung gandum
Bahan-bahan topping:
350gm coklat masak
50gm coklat putih
Cara-cara membuat base:
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan serbuk badam, susu tepung dan akhir sekali tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh.
2. Tekankan doh tersebut kedalam loyang. Pastikan rata keseluruh loyang.
3. Kemudian tekan cutter kedalam loyang dan bakar pada subu 180C selama 15 minit.
4. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan seketika baru keluarkan cutter.
5. Cairkan coklat masak dan tuang keatas shortbread tadi. Cairkan coklat putih pula dan paipkan keatas coklat masak. Lorekkan coklat putih dengan lidi untuk membuat lakaran.
6. Masukkan cutter kembali dan biarkan sehingga coklat kering.
p/s: Kegunaan cutter ni adalah untuk memastikan saiz setiap kuih kite sama saiznya, kuih nampak kemas dan ianya amat mudah digunakan. Sekiranya kita tak menggunakan cutter, masih lagi boleh buat kuih ini tetapi anda dinasihatkan agar memotong kuih ini sebelum coklat keras.
Resepiku: Kuih Tat Gulung Nenas
Resipi ni adalah resipi turun temurun daripada emak saya. Sudah lama kami anak-beranak membuat tat nenas menggunakan resipi yang sama. Rasanya memang la sedap.
Bahan-bahan jem tat nenas:
1 biji nenas (pilih yang separuh masak, kulitnya hijau kekuningan, kalau yang terlalu masak airnya banyak lama nak tapiskan)
1/2 cawan gula
kulit kayu manis
Cara-cara membuat jem nenas:
1. Kupas kulit nenas sampai hilang matanya. Basuh dan potong kecik (jangan ambil batang dalam nenas) dan masukkan kedalam blender bersama 1/2 cawan air, blend sehingga lumat.
2. Tapiskan hasilnya sehingga agak-agak kering.
3. Masukkan dalam kuali bersama gula 1/2 cawan (boleh tambah lagi klu nk manis) dan kulit kayu manis.
4. Kalau nak bubuh pewarna boleh juga, tapi saya tak letak sebab bile dah masak nanti, warna inti kite akan gelap.
4. Kacau sehingga pekat. Dan bila dah pekat bolehlah direhatkan sebentar dan dikepal-kepalkan.
Bahan-bahan pengilat:
1 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning telur
Bahan-bahan kulit tat:
60gm butter
190gm marjerin
70gm gula halus
1biji telur kuning
1sudu kecil esen vanilla
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung/tepung kastard(kalau nak warna kulit tat kuning boleh guna tepung kastard tapi saya gunakan tepung jagung)
Cara-cara membuat kulit tat:
1. Pukul butter, marjerin dan gula sehingga rata.
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung/tepung kastard kedalam adunan tadi. Gaulkan sehingga menjadi doh.
4. Canaikan sedikit demi doh tersebut dan gelekkan dengan penggelek tat. Potong sebesar yang anda mahu.
5. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
6. Sapukan dengan dengan sedikit pengilat.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sehingga masak keemasan atau dalam 20 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)