Tuesday, September 15, 2009
A free blogger templates: Delightful dots
I absolutely LOVE the page and element designs. I There is some cute stuff to see! Look at mine, really cute, right?
http://delightfuldots.blogspot.com/
My office
This is my office after raya decoration. This decoration was ideas by me and my boss driver, fareez.. Nice right? Bling-bling on the wall, like Christmas tree.. hihih
p/s: u can see my bike helmet and our flag. try to find it!
Shopping at The Mines Shopping Fair, Seri Kembangan
Then we go to Watsons to buy some food supplement then we play bowling. 1st game aisyah dah score 158 but at the 2nd game i lost the battle to sayang. His 2nd game score was much higher than my 1st game. So he win and the prize is he dont have to drive the car on way back... herrrghh!!! dah la kenyang giler, kena drive balik umah.. menyesal buat janji mcm ni.. lupe nak ambil gambo main bowling.. :(
After that, we go to Nike outlet, he was impressed with the yellow shirt and he immediately go to the fitting room to test the shirt. before that he asked for the M saiz unfortunately its only L saiz left. Sayang membebel2 mcm perempuan katanya saiz L too large for him and if he wear it, look like clown and gedoboh la katanya.. I pujuk dia suruh test saiz L jugak.. he tried to fit it..
Once dia keluar dari fitting room, ya Allah dia memang dah sesuai dengan saiz L! sayang still deny that he look worst wearing the shirt saiz L but i said sayang its match with you! kesimpulan ceritanya, badan sayang memang dah naik dari saiz M(sebelum kawin) sekarang ni saiz L.. perut sayang dah besar mcm sayang pregnant 5 bulan.. still deny it! he blamed the shirt and said ohh the shirt is slim fit, that's why i must wear L saiz. If not i will wearing M saiz.. see, sayang still deny that your have put on your weight. sayang, sayang..
Sayang berkenan sangat the that yellow shirt. so he immediately buy the shirt with price RM85 (wow! mmg mahal utk harga sehelai tshirt sahaja!) yang paling kelakar tu, lps fitting, sayang still want to wear that shirt!!! sayang acting like a kid and so childish.. dah fitting baju tak nak tanggalkan baju tu langsung.. mcm adib (anak pak uda) la sayang ni.
p/s: adib is wearing my sunglasses! really funny!! :)
My Glamour Picture Contest
Contest ini terbuka kepada semua blogger, tak kira bangsa, tak kira agama dan tak kira status. yang dah kawen ker, single ke or divorced ke or sesiapa saja yang rasa dier ader gambar yang glamour boleh join contest ni.
.
Tapi contest ini still ader syarat and syarat2 nyer ialah:
Syarat-syarat
1. Terbuka kepada semua blogger - Done
2. Anda diwajibkan menjadi Follower blog http://cincinmasmerah.blogspot.com/serta add link blog ini dalam blog list anda - Done
3. Sila pastikan gambar (banner) di atas di sidebar blog anda and banner tersebut mestilah link kepada entry contest ini, gune link ni:
http://cincinmasmerah.blogspot.com/2009/08/my-glamour-picture-contest.html - Done
4. Anda bleh buat entry "My Glamour Picture Contest" dengan memuatkan sekeping gambar anda yang paling glamour, nama anda dan ceritakan serba sedikit kenapa anda merasakan gambar anda itu glamour. - Done
5. Pastikan di dalam entry anda ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):
link blog ini: http://cincinmasmerah.blogspot.com/
link contest ini: http://cincinmasmerah.blogspot.com/2009/08/my-glamour-picture-contest.html - Done
6. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest-anda di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda pengesahan anda menyertai contest ini. - Done
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional (penganjur yang pilih) berdasarkan photo anda yang paling glamour. - Done
8. Contest ini bermula 22hb Ogos 2009 sehingga 30hb September 2009. lama skit coz nak bagi peluang anda semua upload gambar glamour masa raya nanti..hehehhe - Done
9. Hadiahnyer akan diberitahu next entry.Tungguuuuuuu...
My glamour picture:
Gambar ini diambil semasa Annual Dinner syarikat. Make-up sendiri tu. rata-rata perempuan yang hadir tanya kat mana make-up ni? Kawan-kawan aisyah yang lain sampai berhabisan RM200-250 utk 1 sesi make-up malam tu je.. heeee... mahalnya! Ada yang kata mcm make up pro, cantik dan disebabkan boleh make-up sendiri la, bermulanya kerjaya saya make-up orang esp utk bertunang, pi dinner etc. Tak ambil mahal, murah je RM30-RM50 per sesi. Aisyah belajar online make-up tak sangka ada orang puji plak.. Dan disebabkan gambar ini juga la aisyah berjumpa sayang (hubby).. dia pun tergoda tengok gambar ni. he said im look so gorgeous esp at my eyes.. big eyes.. huhuhu
Monday, September 7, 2009
Memori: Perkahwinanku
Tarikh perkahwinan: 25.1.2009
Tempat: Klang, Selangor
Resepiku: Kuih Almond London
Kuih ni leceh membuatnya sebab ada 2 kali nak siapkan kuih ni, nak kena bakar dan celupkan dalam coklat. Resepi ditambah tokok sikit sebab aisyah nak memastikan tepungnya rangup. Kalau nak tau, bolehla cuba..
Bahan-bahan:
250gm butter
1/2 cawan gula caster
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur (buang 1 putih telur)
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan badam (dipanggang)
1/2 cawan cornflakes (dimesin halus)
350gm tepung gandum
acuan kertas
badam cincang
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan telur.
3. Masukkan serbuk badam, serbuk cornflakes dan akhir sekali tepung gandum. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Ambil sedikit tepung, letakkan sebiji badam dan lonjongkan tepung macam sebiji kurma. Buat sehingga habis doh.
5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180C.
6. Sesudah habis dibakar, rehatkan sebentar. Kemudian masukkan coklat masak yang telah dicairkan dan masukkan kedalam acuan kertas dan hiaskan bersama badam cincang.
Resepiku: Kuih Cornflakes Madu
Resepi ni pun sangat simple. Hmm.. itupun orang malas nk buat kuih raya?? Membuat kuih raya ni adalah tradisi turun termurun dari arwah nenek aisyah ke mak aisyah dan sekarang aisyah.. aisyah akan turunkan tradisi ini kepada anak-anak aisyah juga supaya mereka sedar dan lebih menghargai hubungan kekeluargaan, kasih sayang serta lebih mengerti apa itu maksud memberi dan menerima.
Bahan-bahan:
150gm butter
90gm gula halus
madu secukup rasa
150gm cornflakes (ramaskan sikit) 100gm badam hiris (dipanggang)
acuan kertas
coklat rice (hiasan)
Cara-cara membuat:
1. Cairkan butter, gula halus dan madu.
2. Masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul sehingga sebati.
3. Sudukan kedalam kedalam acuan kertas dan hiaskan bersama coklat rice.
4. Bakar kedalam oven pada suhu 170C selama 10minit.
Resepiku: Kuih Chocolate Crunch
Resipi ni antara resepi kegemaran adik-adik aisyah dan resepi paling senang dan paling aisyah suka buat. Adikadik begitu sukakannya sebab coklat! Dan aisyah pasti kanak-kanak yang akan datang kerumah aisyah pun mesti sukakanya! yeeehaaaa!
Bahan-bahan:
250gm coklat masak
50gm butter
150gm badam hiris (siap dipanggang)
200gm koko krunch
acuan kertas
sedikit coklat putih/hiasan manik warna-warni
Cara-cara membuat:
1. Carikan coklat masakdan butter sehingga coklat cair.
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar san gaul sehingga sebati dan rata.
3. Sudukan kedalam acuan kertas dan paipkan coklat putih yang cair kedalam acuan kertas.
4. Biarkan sejuk dan beku sendiri.
Membeli belah di Bake with Yen
Kedai ini ada 3 cawangan iaitu di TTDI, SS13 PJ dan Bandar Puteri, Puchong (HQ). Sila layari http://www.bakewithyen.com untuk detail kedai ini.
Bercerita pasal barang-barang yang aisyah shopping kat sini plak.. aisyah tak beli banyak sebab kebanyakan barang-barang kuih aisyah dah beli di Chun Yip Bakery, so saja survey kedai ni. Tapi aisyah tertarik kepada beberapa item yang dijual disin antaranya silicon bakeware revolutionary yang mana dulang untuk membuat cupcake/muffin yang diperbuat oleh silikon. Silikon ini selamat untuk dibakar dan disejukkan. hmm.. semakin canggih kan?
Aisyah hanya beli 4 item dari kedai ni antaranya biscuit cutter RM26, alas kuih RM5.80 (500pcs), hiasan bunga 2 paket RM3.50/paket dan pisau kek RM2.
Lama jugak aisyah habiskan masa dalam kedai ni, sampai hubby membebel-bebel hehehehe. Bukannya apa, ada sorang pakcik ni tak kenal barang. Dia tanya aisyah mana satu bubble rice, aisyah pun tunjukkan la. Lepas tu, dia minta tolong aisyah tunjukkan semua barang-barang yang dia nak beli, aisyah tengok list dia mak oi!! Panjangnyerrrrrr... pakcik tu kata orang pesan, dia belikan saja.. kesian kat hubby tunggu lama tapi kesian jugak kat pakcik ni. aisyah tolong carikan semua barang pakcik tu, lepas tu pujuk hubby yang dah merajuk. Ala, cepat cairla hubby aisyah ni.. :)
Resepiku: Kuih Choco Almond Shortbread
Resipi ni saya dapat dari kawan online, tak sangka masa 1st time buat terus jadi. Hubby memang la suka makan, dia nak makan kuih ni tapi aisyah bagi part yang tak elok.. huhuhu.. tapi dia kata "still sedap rasanya wlupun tak elok rupanya!" tq sayang.
Bahan-bahan base:
250gm butter
80gm gula halus
125gm serbuk badam
65gm susu tepung
300gm tepung gandum
Bahan-bahan topping:
350gm coklat masak
50gm coklat putih
Cara-cara membuat base:
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan serbuk badam, susu tepung dan akhir sekali tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh.
2. Tekankan doh tersebut kedalam loyang. Pastikan rata keseluruh loyang.
3. Kemudian tekan cutter kedalam loyang dan bakar pada subu 180C selama 15 minit.
4. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan seketika baru keluarkan cutter.
5. Cairkan coklat masak dan tuang keatas shortbread tadi. Cairkan coklat putih pula dan paipkan keatas coklat masak. Lorekkan coklat putih dengan lidi untuk membuat lakaran.
6. Masukkan cutter kembali dan biarkan sehingga coklat kering.
p/s: Kegunaan cutter ni adalah untuk memastikan saiz setiap kuih kite sama saiznya, kuih nampak kemas dan ianya amat mudah digunakan. Sekiranya kita tak menggunakan cutter, masih lagi boleh buat kuih ini tetapi anda dinasihatkan agar memotong kuih ini sebelum coklat keras.
Resepiku: Kuih Tat Gulung Nenas
Resipi ni adalah resipi turun temurun daripada emak saya. Sudah lama kami anak-beranak membuat tat nenas menggunakan resipi yang sama. Rasanya memang la sedap.
Bahan-bahan jem tat nenas:
1 biji nenas (pilih yang separuh masak, kulitnya hijau kekuningan, kalau yang terlalu masak airnya banyak lama nak tapiskan)
1/2 cawan gula
kulit kayu manis
Cara-cara membuat jem nenas:
1. Kupas kulit nenas sampai hilang matanya. Basuh dan potong kecik (jangan ambil batang dalam nenas) dan masukkan kedalam blender bersama 1/2 cawan air, blend sehingga lumat.
2. Tapiskan hasilnya sehingga agak-agak kering.
3. Masukkan dalam kuali bersama gula 1/2 cawan (boleh tambah lagi klu nk manis) dan kulit kayu manis.
4. Kalau nak bubuh pewarna boleh juga, tapi saya tak letak sebab bile dah masak nanti, warna inti kite akan gelap.
4. Kacau sehingga pekat. Dan bila dah pekat bolehlah direhatkan sebentar dan dikepal-kepalkan.
Bahan-bahan pengilat:
1 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning telur
Bahan-bahan kulit tat:
60gm butter
190gm marjerin
70gm gula halus
1biji telur kuning
1sudu kecil esen vanilla
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung/tepung kastard(kalau nak warna kulit tat kuning boleh guna tepung kastard tapi saya gunakan tepung jagung)
Cara-cara membuat kulit tat:
1. Pukul butter, marjerin dan gula sehingga rata.
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung/tepung kastard kedalam adunan tadi. Gaulkan sehingga menjadi doh.
4. Canaikan sedikit demi doh tersebut dan gelekkan dengan penggelek tat. Potong sebesar yang anda mahu.
5. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
6. Sapukan dengan dengan sedikit pengilat.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sehingga masak keemasan atau dalam 20 minit.
Friday, September 4, 2009
4 – 13 September 2009 : Tommy Hilfiger Warehouse Sale
16 – 17 September 2009 : L’Oreal Warehouse Sale KL
Wednesday, September 2, 2009
3 stupid stages of life...
Teen age:
Have Time + Energy... but No Money
Working Age:
Have Money + Energy... but No Time
Old Age:
Have Time + Money... but No Energy